Khamis, 25 April 2013

Kaum India takkan mudah maafkan Zul Nordin

Oleh Ruqayya Rahman

KUALA LUMPUR : Kaum India tidak akan semudah itu melupakan dan memaafkan penghinaan Zulkifli Nordin terhadap mereka, tegas calon KEADILAN Subang, Sivarasa Rasiah.

“Kaum India akan bangkit, bukan hanya India dalam KEADILAN dan DAP. Saya yakin India MIC juga benci dengan tindakan Zulkifli, mereka akan manifestasikan kemarahan itu ketika hari mengundi,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang meminta rakyat melupakan tindakan Zulkifli walaupun selepas mendapat bantahan dari ahli parti komponen mereka sendiri.

“Pencalonan Zulkifli adalah penghinaan buat kaum India, ia bukan sekadar isu melupa dan memaafkan, ia adalah isu kredibiliti calon yang dipilih dan sensitiviti Najib memilih calon.

“Bagaimana Najib sanggup memilih calon yang menghina satu kaum untuk menjaga hak semua kaum. Dia (Zulkifli) dah hina kaum India, apa jaminan dia akan berlaku adil pada kami?” katanya.

Sivarasa turut menyifatkan Zulkifli sebagai calon yang tidak tahu malu kerana terpaksa berlindung di belakang Perdana Menteri selepas melakukan kesalahan.

Tiada ulasan: