Selasa, 9 April 2013

KEADILAN umum calon Sarawak Khamis ini

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Calon KEADILAN yang bertanding di Sarawak pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan diumum Khamis ini.

Pengumuman oleh Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sempena Jelajah Pakatan Harapan Rakyat ke negeri itu.

Program dimulakan dengan ceramah dan sepetang bersama Anwar dari 6 petang hingga 8.30 malam di Pasar Siburan, Batu 17, Jalan Kucing-Serian (Parlimen Mambong – P198).

Diikuti ceramah perdana di Mong Bazaar, 3rd Mile Rock Road, Kucing pada jam 7 malam hingga 9 malam.

Calon pula akan diumum pada Ceramah Pakatan Harapan Rakyat di Lorong Cahaya Damai 8G, Bandar Baru Samariang, Petra Jaya antara jam 8 malam hingga 11 malam.

Selain Anwar, penceramah terdiri Baru Bian, Ali Biju, See Chee How, Datuk Seri Lajim Ukin, Lt Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid, Lt Kol Abang Hamdan Abang Hadari, Zul Rosdi Mohd Hol dan Ahmad Nazib Johari. – NS

Tiada ulasan: