Ahad, 21 April 2013

Kedudukan Melayu kukuh jika BN kecundang




Oleh TARMIZI MOHD JAM 

KUALA LUMPUR: Kedudukan orang Melayu, bahasa kebangsaan, agama Islam dan Raja-raja Melayu akan terus kekal kukuh kerana perlembagaan telah memahat mati semua peruntukan yang berkenaan, tegas Dr Abdul Aziz Bari.

Mantan profesor undangundang UIAM itu berkata, Pakatan Rakyat hanya mensasarkan jumlah kerusi yang cukup untuk membentuk Kerajaan Persekutuan di Putrajaya.

Katanya, jika Pakatan memperolehi majoriti dua pertiga sebanyak 148 kerusi sekalipun, ia hanya di Dewan Rakyat tetapi Dewan  Negara majoritinya masih senator lantikan Umno-BN yang dengan sendirinya tidak membolehkan pindaan perlembagaan kerana syarat majoriti dua pertiga itu di kedua-dua Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

"Ia juga memerlukan perkenan Majlis Raja-Raja.

Sebab itu tidak timbul soal Pakatan meminda atau memansuh peruntukan-peruntukan berkenaan," jelas pakar perlembagaan negara itu lagi.

Aziz berkata, daripada segi politik yang akan hilang kuasa ialah Umno, bukannya orang-orang Melayu. "Yang menentang caloncalon Umno ialah caloncalon Melayu daripada PAS, KeADILan dan DAP. Jadi macam mana orang Melayu boleh hilang kuasa?" tanya calon KeADILan bagi Parlimen Sabak Bernam itu lagi.

Beliau berkata, ada kemungkinan bilangan ahli parlimen Melayu akan bertambah dengan tewasnya Umno dalam PRU13 ini kerana beliau sendiri akan bertanding sebagai calon parlimen Sabak Bernam di atas tiket KeADILan.

Sebelum ini, ujarnya, kerusi tersebut disandang oleh wakil Umno-BN Dato' Rahman Bakri yang telah disabitkan oleh mahkamah atas tuduhan membuat tuntutan palsu sebanyak RM80,000 Menyentuh kedudukan orang Melayu, Aziz menegaskan, kemenangan Pakatan Rakyat akan memartabatkan kedudukan berkenaan kerana perkara ini telah diikrarkan dalam Buku Jingga.

Beliau berkata, sepatutnya setelah lebih 55 tahun Umno memerintah kedudukan itu telah kukuh dan tidak harus menjadi isu dan ketakutan orang-orang Melayu.

Kenyataan bahawa Pakatan masih bercakap tentang kedudukan Melayu dan Islam menunjukkan, Umno telah gagal mengisi peruntukan berkenaan dan orang Melayu perlu mencuba dengan menyerahkan kuasa pentadbiran kepada Pakatan Rakyat dalam PRU13 kali ini.

Aziz berkata, meskipun Pakatan tidak menjerit-jerit tentang kedudukan Melayu mereka telah banyak melakukan usaha mengisi peruntukan berkenaan sebagaimana yang terbukti di negeri-negeri yang mereka tadbir.

"Sebagai contoh lebih Dr Aziz Bari 90 peratus penerima Skim Makro Kredit di Selangor adalah orang-orang Melayu. Mereka juga diberikan perhatian yang wajar di Pulau Pinang.

"Pentadbiran DAP begitu prihatin dengan kedudukan sekolah-sekolah agama berbanding dengan sikap pentadbiran Mahathir yang menafikan bantuan ke Sekolah- sekolah Agama Rakyat (SAR) pada 2000.

"Kita juga perlu ingat tindakan Mahathir menghina kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sebagaimana yang dimaktubkan oleh Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang malangnya dibenarkan oleh mahkamah," kata Aziz lagi.

Tiada ulasan: