Ahad, 7 April 2013

Laksana hudud jadikan negara paling korup?

 
DETIK DAILY
 
KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Dato’ Seri Dr Chua Soi Lek telah menyerang hukum hudud dengan mendakwa 8 daripada 11 negara di seluruh dunia yang melaksanakan hukum hudud dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat, dengan tidak menamakan negara yang dimaksudkan itu.

Berucap pada Perhimpunan Agung MCA ke-59 di Wisma MCA di Kuala Lumpur 21 Oktober 2012, beliau berkata, DAP telah melakukan satu lagi penipuan besar apabila berjaya meyakinkan orang bukan Islam bahawa hudud PAS akan mengurangkan jenayah dan rasuah di dalam negara.

Dalam ucapan selama 45 minit itu, Soi Lek menuduh DAP diperalatkan PAS bagi memenuhi cita-cita tinggi menawan Putrajaya, sedangkan MCA yang menolak hudud dilaksanakan tidak dibantah oleh Umno sehingga ke hari ini.

Soi Lek turut menyerang slogan “Ubah” DAP yang menurutnya merupakan satu singkatan bagi “untuk bentuk agama dan hudud ala PAS”.

Tiada ulasan: