Rabu, 24 April 2013

Letupan di lokasi ceramah: IGP minta pihak tanggungjawab serah diri

ROSDALILAH ZAHARI

Ismail Omar
Tan Sri Ismail Omar. - Foto Sinar Harian MUHAMMAD ZULFADHLI AHMAD ZAKI
 
IPOH - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memberi amaran kepada mereka yang bertanggugjawab dalam insiden letupan ketika ceramah parti politik di Nibong Tebal, Pulau Pinang malam tadi supaya menyerah diri kerana tindakan tersebut berbahaya dan mengancam keselamatan orang awam.

Beliau sudah mengarahkan ketua polis di seluruh negeri supaya meningkatkan tahap keselamatan di ceramah yang diadakan parti politik sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Berikutan itu, Ismail menasihati supaya mana-mana parti politik yang ingin mengadakan ceramah supaya memohon permit dengan lebih awal agar mereka dapat memeriksa kawasan berkenaaan sebelum dan selepas ceramah diadakan.

Tiada ulasan: