Sabtu, 6 April 2013

Masjid Cyberjaya RM62 Juta (8500 Jemaah), 2500 Rumah & Komersial (RM1.2 Bilion) & Pusat Bandar Cyberjaya (RM6 Bilion) Dilaksanakan Dengan Syarat..

Staff Berita Semasa 

Gambar Masjid Putrajaya

Ada hadiah dan berita gembira untuk warga di Cyberjaya amnya menjelangnya Pilihanraya Umum ke 13. Pengumuman & pelancaran projek mega bernilai berbilion-bilion ringgit.  Tetapi ada syaratnya untuk kalangan anda umumnya dan warga Cyberjaya amnya jika mahukan merasai projek berbilion-bilion ini….

Senarai 3 Projek Pembangunan di Cyberjaya (RM6 Bilion)?

  1. Masjid Cyberjaya iaitu masjid pertama yang mendapat anugerah Indeks Platinum Hijau bernilai RM62 juta yang dijangka siap 2015 di atas tanah seluas 17.5 ekar dan mampu memuatkan 8,500 jemaah.
  2. Pembinaan 2,500 unit rumah dan komersial termasuk 794 unit Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) bernilai RM1.02 bilion
  3. Pusat Bandar Cyberjaya bernilai RM6 bilion di atas tanah seluas 141 ekar
Dengan pembangunan 3 projek yang tersenarai seperti di atas ini, dikatakan Cyberjaya bakal mendapat pelaburan tambahan dengan jumlah keseluruhan bernilai RM20 bilion dalam tempoh 5 tahun. Wow! Itu antara jangkaan seperti yang diucapkan oleh Datuk Seri Najib Razak.
Tetapi seperti yang kami nyatakan seperti di atas, ada syaratnya untuk menjadikan projek-projek yang disenaraikan menjadi realiti dengan syarat :
“Untuk merealisasikan impian di Cyberjaya menjadi realiti, maka dua isu iaitu isu air dengan kerajaan Selangor perlu diselesaikan dan terus berlaku kesinambungan kepimpinan di Putrajaya. Rakyat berpeluang mengubahnya dalam masa terdekat,” kata Najib.
Dalam bahasa halusnya, diharapkan kepimpinan yang ada sekarang dikekalkan. Dalam erti kata lain, secara terus-terangnya Datuk Seri Najib berharap majoriti rakyat Malaysia terus mengundi & membantu mengekalkan kuasa Barisan Nasional dalam landskap politik Malaysia selepas Pilihanraya Umum ke 13 kelak. Cuma….

Cuma kami ada sedikit musykil dan tertanya-tanya melibatkan beberapa persoalan. Yang pertama, benarkah ada masalah air di Selangor? Yang keduanya, apa kaitannya masalah air di Selangor yang dibangkitkan dengan pelancaran 3 projek yang ingin dilaksanakan di Cyberjaya? 

Mungkin ada anda di sini boleh membantu menjawabnya?

Tiada ulasan: