Selasa, 2 April 2013

Menolak Tahaluf Siyasi Umpama 'Ketinggalan Keretapi'

 Wartawan Buletin

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita17/cakna%20pru%20ulamak%20pelapis1.jpgKUALA TERENGGANU - PAS telah bergerak dan meletakkan Islam dilandasan sebenarnya sejak perlaksanaan dasar 'Kepimpinan Ulamak' yang bermula pada tahun1982 dan menjadi sebuah parti 'arus perdana' pada masa kini.

Bermula dengan Majlis Perundingan Masyarakat Tionghua (Chinese Consultative Council - CCC) pada tahun 1986, menjadi sebuah Kelab bagi non-muslim yang menyokong PAS dan akhirnya penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS, dengan penerimaan bukan Islam sebagai ahli bersekutu.

Ketua Dewan Ulamak PAS negeri Terengganu Dato' Ustaz Husin Awang menyifatkan golongan yang menolak Tahaluf Siyasi adalah umpama kelompok yang 'ketinggalan keretapi', berdasarkan keperluan Islam dalam perkembangan masa kini.

"program memasyarakatkan PAS sehinga tertubuhnya CCC yang (membawa kepada penubuhan) sekarang ini dikenali sebagai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP),

"kalau dulu bila disebut mahu berbaik dengan bukan Islam, kami di kalangan pemuda ketika menjadi ulamak pelapis dulu pun marah, tapi sekarang ini orang yang marah dianggap (sebagai) orang yang 'ketinggalan keretapi',

"(kerana) waqi' (keadaan semasa) pada masa sekarang dan pekembangan yang berlaku, setelah dirujuk kepada sejarah (sirah) dan as-Sunnah (Nabi SAW) maka kita dapati ianya tidak boleh lari daripada kaedah itu,"jelasnya. [Lihat Video]
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Cakna PRU-13 Ulamak Pelapis Terengganu di sebuah hotel, di sini pada Sabtu 30 Mac.

Oleh itu, beliau berkata, perkembangan tersebut telah membawa perubahan sehingga ahli-ahli PAS memahami dan boleh menerima bukan sahaja orang-orang bukan Islam menjadi ahli bersekutu, bahkan calon-calon non-muslim daripada DHPP boleh bertanding diatas tiket PAS.

Turut hadir dalam program tersebt adalah Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat Dr. Ustaz Khairuddin Aman Razali dan Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah.

Tiada ulasan: