Khamis, 4 April 2013

Najib bayangkan pertahan kerusi Parlimen Pekan

SINAR HARIAN

Najib Tun Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak 
 
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membayangkan beliau akan mempertahan kerusi Parlimen Pekan pada pilihan raya umum kali ini.

"Saya tidak pernah bermimpi untuk tinggalkan Pekan. Hidup dan mati perjuangan politik saya ialah di Pekan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat berasingan Majlis Tertinggi Umno dan Dewan Tertinggi Barisan Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Najib membuat kenyataan ini semasa diminta mengulas pengumuman Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam  bahawa beliau tidak akan mempertahan kerusi Parlimen Permatang Pauh kerana beliau akan bertanding di Perak.

Najib menjadi anggota Parlimen Pekan pada 1976 selepas bapanya, perdana menteri kedua dan anggota Parlimen Pekan, Tun Abdul  Razak Hussein meninggal dunia.

Sejak itu Najib kekal menjadi wakil rakyat kawasan itu kecuali semasa beliau menjadi Menteri Besar Pahang antara 1982 dan 1986.

Ketika itu beliau mewakili kawasan Dewan Undangan Negeri Bandar Pekan. - Bernama

Tiada ulasan: