Selasa, 30 April 2013

Najib datang ke Selangor untuk pecahkan masyarakat

MALAYSIA CHRONICLE

SHAH ALAM- Kedatangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang kerap berkempen di Selangor tidak mendatangkan kebaikan kepada Selangor tetapi telah memecahbelahkan perpaduan antara kaum.

Ini jelas apabila Najib cuba mempertahankan slogan 1Malaysia tetapi pada masa yang sama mengiktiraf Perkasa, sebuah NGO perkauman melampau bila mana meletakkan Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Nordin di Parlimen Shah Alam, kata Pengerusi Pakatan Rakyat Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Najib bukan sahaja mewujudkan ketegangan kaum, beliau juga secara tidak bermoral terus menaburkan janji kepada rakyat selangor, tambah beliau.

"Lebih teruk lagi janji yang cuba beliau tabur adalah atas perkara yang gagal diselesaikan oleh Umno Selangor untuk puluhan tahun tetapi telah diselesaikan oleh Pakatan selama 5 tahun khususnya projek terbengkalai Alam Perdana dan Bukit Botak.

"Adalah melucukan apabila Najib tiba-tiba datang ke Alam Perdana dan menaburkan janji serta memberi maklumat salah seolah beliaulah "hero"; sedangkan penduduk tempatan telah bekerjasama dengan kerajaan negeri Pakatan Rakyat untuk menyelesailan masalah mereka," tegas Khalid.

Bagi beliau, tindakan Najib juga menjadi bahan ketawa penjawat awam di Selangor kerana hakikatnya mereka yang telah bertungkus lumus bekerja untuk menyelesailan projek terbengkalai tersebut.

"Berat untuk saya katakan di sini ini bahawa saya tidak menjangka Najib akan merendahkan martabat dan kredibiliti sebagai Perdana Menteri Kerajaan Sementara.

"Nampaknya Najib benar-benar terdesak dan akan melakukan apa sahaja untuk memenangi Selangor," tegasnya.-Harakahdaily

Tiada ulasan: