Selasa, 2 April 2013

Najib gesa pekerja Petronas sokong BN, umum pemberian RM1,000

Oleh Syed Jaymal Zahiid

 Najib mengatakan pemberian tunai itu adalah tanda penghargaan Putrajaya diatas sumbangan syarikat tersebut kepada ekonomi. - Gambar fail KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan hari ini “tanda penghargaan” RM1,000 kepada semua pekerja syarikat minyak negara Petronas, menjelang pilihan raya yang dijangka tidak lama lagi.

Najib, yang juga Menteri Kewangan bertanggungjawab untuk menjaga Petronas, mengatakan pemberian tunai itu adalah tanda penghargaan Putrajaya diatas sumbangan syarikat tersebut kepada ekonomi.

“Ahli lembaga pengarah dan pihak pengurusan telah mencadangkan pemberian kecil untuk menggembirakan pekerja.

“Akhirnya, saya bercadang untuk menerima cadangan tersebut. Sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada semua pekerja sebagai tanda penghargaan jadi belanjakannya dengan bijak,” katanya dihadapan 4,000 pekerja Petronas di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.

Terlebih dahulu dalam ucapannya, Najib menggesa pekerja Petronas untuk terus menyokong gabungan pemerintah, pengasas syarikat minyak negara yang sumbangannya kepada kejayaan adalah penting.

Beliau memberi amaran terhadap mengundi pembangkang sehingga berkuasa, menuduh Pakatan Rakyat (PR) sebagai musuh Petronas kerana kebanyakkan cadangan mereka, termasuk meningkatkan royalti minyak negeri dan harga bahan api yang menjaga rendah, bertentangan dengan kepentingan syarikat.

Najib menambah Petronas dan BN telah berkongsi hubungan panjang dan berfaedah sejak penubuhannya pada awal 70an dan memberikan kuasa kepada kerajaan yang belum diuji boleh memudaratkan syarikat.
“Oleh itu, apabila tiba masanya, saya berharap anda membuat keputusan bijak,” katanya.

Pemberian tunai hari ini dan beberapa lagi kepada sektor tertentu di bawah program kerajaan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan peningkatan peruntukkan kepada pinjaman untuk membantu perniagaan Bumiputera.

Najib mencari mandatnya sendiri dalam Pilihan Raya 2013 dimana beliau berhadapan dengan cabaran besar untuk memastikan Barisan Nasional (BN) mendapatkan semula majoriti tradisi dua pertiga yang hilang buat pertama kalinya pada 2008.

BN turut kehilangan empat negeri lagi dalam pilihan raya lepas.

Pencapaian buruk tersebut menyebabkan Tun Abdullah Ahmad Badawi terpaksa memberikan laluan kepada Najib yang mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 3 April, 2009.

Esok genap empat tahun Najib menjadi perdana menteri keenam negara.

Tiada ulasan: