Jumaat, 26 April 2013

Najib: Rakyat akan tolak bekas ahli Umno tanding bebas




 
Lee Long Hui 

PERAK Semasa lawatan ke Kuala Kangsar, Perak, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan ucapannya kepada calon-calon Bebas di sana, dengan menegaskan bahawa mereka yang meninggalkan Umno, akan ditolak oleh rakyat.

NONEWalaupun tidak menamakan sesiapa, ucapan perdana menteri
sementara ini dilihat merujuk kepada bekas Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim (kiri), yang dipecat daripada Umno setelah bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Katanya, ia kerana rakyat tahu bahawa walaupun individu itu tidak ada lagi, tetapi parti masih memegang kuasa dan perjuangan boleh diteruskan.

Perdana menteri berkara, perkara itu telah terbukti dalam sejarah negara di mana mereka yang meninggalkan parti, rakyat akan turut menolaknya.

Sehubungan itu Najib sekali lagi menyebut tentang pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar yang menurutnya, rakyat telah menolak Parti Negara yang ditubuhkan oleh Onn selepas meninggalkan Umno pada 1950.

Pengerusi BN itu menyebut contoh yang sama dalam ucapannya di Kuala Penyu, Sabah tiga hari lalu apabila menyampaikan mesej yang sama kepada penyandang kerusi Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim
Ukin, yang meninggalkan Umno dan menjadi mesra Pakatan.

Najib menegaskan bahawa ahli mesti mengutamakan kepentingan parti jika mereka mahu mencapai impian dan matlamat mereka.

Berucap kepada kira-kira 2,000 penyokong BN di majlis perhimpunan 1Malaysia, Najib berkata walaupun jawatan dalam parti adalah sementara, tetapi mereka mesti terus mendukung nilai dan integriti mereka.

Sehubungan itu, beliau memuji Ketua Umno bahagian Kuala Kangsar, Ramly Zahari kerana terus bersama parti, dan menyokong calon BN walaupun beliau tidak terpilih sebagai calon.

Parlimen Kuala Kangsar akan menyaksi pertandingan tiga penjuru. Calon BN, Wan Mohamamd Khair-Il Anuar Wan Ahmad akan mempertahankan kerusi itu dan akan berdepan dengan calon PAS, Khalil Idham Lim Abdullah dan Kamilia.

Tiada ulasan: