Khamis, 4 April 2013

‘Najib takut bertanding di tempat lain selain di Pekan’

Oleh: Aliff Fikri

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Najib Razak takut untuk bertanding di kawasan parlimen selain Pekan kerana merasa kedudukannya hanya selamat di situ, kata Dr Afif Bahardin.

Naib Ketua AMK Pulau Pinang itu berkata, ia berbeza dengan keputusan diambil Datuk Seri Anwar Ibrahim, selaku pemimpin nasional yang bersedia bertanding di mana-mana sahaja kerusi Parlimen.

najib-pening

Sehubungan itu beliau mencabar Najib agar bertanding di kerusi Permatang Pauh, atau berdepan dengan Anwar sendiri di Perak.

“Tindakan Najib mengkritik keputusan Anwar untuk bertanding di Perak adalah tidak relevan kerana beliau sendiri takut untuk bertanding di tempat lain selain dari Pekan.

“Najib sebenarnya tidak ada keyakinan, berbeza dengan Anwar yang tidak mempunyai masalah untuk bertanding di mana-mana saja. Jika Najib berani, mengapa tidak beliau sendiri bertanding di Permatang Pauh atau di Perak?,” katanya ketika dihubungi.

Beliau menambah, keputusan Anwar bertanding di Perak sepatutnya tidak menjadi isu kerana sokongan rakyat terhadap nya bukan hanya di Permatang Pauh, tetapi di seluruh negara.

“Anwar bertanding di Perak atau di mana-mana sepatutnya tidak menjadi soal kerana rakyat seluruh negara memberi sokongan penuh kepada beliau.

“Ini terbukti sejak dari 2008 hingga sekarang, kunjungan beliau di merata pelusuk mendapat sambutan yang begitu hebat dari rakyat.

“Rakyat ternyata lebih berkeyakinan kepada Anwar daripada Najib. Jika Najib dan Umno BN masih mengamalkan budaya politik kotor dan tidak memberikan ruang demokrasi sepenuhnya pada rakyat, mereka tidak mempunyai kaliber untuk mempersoalkan keputusan Anwar,” tegasnya.

1 ulasan:

Unknown berkata...

di perliment pekan sudah ada 2 kem askar yang boleh bekalkan undi pos dimana kertas undi "ditolong pangkahkan" dan bilangan boleh meningkat secara mendadak .... di pekan sudah ada perkampongan kampucia yang diisi dengan ribuan pengundi hantu .... dan ada banyak perkampongan orang asli dimana orang asli itu dikatakan tidak pandai "menulis" dan kertas undi mereka pun "ditolong pangkahkan .....terjamin 10 ribu undi!!!