Rabu, 24 April 2013

Negara Islam mustahil di Malaysia yang berbilang kaum, kata ahli politik MCA

Oleh Leslie Lau
Pengarang Eksekutif

Lee Hwa Beng: Mustahil untuk meminda perlembagaan. — Gambar failKUALA LUMPUR— Ahli politik veteran MCA, Datuk Lee Hwa Beng, menolak dakwaan partinya undi kepada DAP akan bawa kepada pelaksanaan hudud, menegaskan ia suatu yang mustahil bagi mana-mana pemenang Pilihan Raya 2013 menubuhkan sebuah negara Islam teokratik. 
 
Tanpa menamakan mana-mana parti, beliau berkata terdapat ahli politik yang bergantung kepada strategi menakut-nakutkan dikalangan masyarakat Cina dengan memberi amaran negara Islam akan ditubuhkan jika Pakatan Rakyat (PR) menguasai kerajaan atau jika berlaku penyatuan antara Umno dan PAS.

MCA, yang dianggap sebagai kurang digemari dikalangan pengundi Cina, menggunakan isu negara Islam sebagai fokus utama dalam berkempen pada Pilihan Raya 2013.

Parti tersebut telah meletak beberapa iklan akhbar dengan mendakwa undi kepada DAP adalah undi untuk hudud, terutamanya selepas DAP berkata akan menimbang menggunakan logo PAS pada pilihan raya umum ekoran keraguan simbolnya.

Lee, merupakan bekas pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) yang mendapat perhatian umum kerana peranannya dalam menyiasat skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang(PKFZ), menyatakan sebarang perubahan dalam Perlembagaan Persekutuan memerlukan majoriti dua pertiga di Parlimen.

Dalam sepucuk surat kepada The Malaysian Insider, Lee hari ini berkata berdasarkan jumlah kerusi yang dipertandingkan oleh pelbagai parti politik, termasuk parti Islam utama iaitu Umno dan PAS, beliau berpendapat ia adalah mustahil untuk meminda perlembagaan.

Lee berdasarkan andaiannya berkata semua Ahli Parlimen (MP) bukan Islam tidak akan bersetuju mengundi bagi sebarang pindaan untuk memperkenalkan negara teokratik Islam.

“Saya akan menganggap bahawa semua Ahli Parlimen bukan Islam dan parti bukan Islam sama ada akan mengundi untuk menentang atau berkecuali daripada mengundi terhadap Rang Undang-undang yang bertujuan untuk meminda sebarang negara sekular Malaysia,” katanya.

“Sebagai contoh dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu beberapa tahun lalu apabila PAS memperkenalkan undang-undang hudud, hanya seorang ahli MCA aberkecuali daripada mengundi sebaliknya semua ahli Umno mengundi.”

Beliau menegaskan bahawa walaupun Umno memenangi semua 105 kerusi yang dipertandingkan di Parlimen, dan 15 di Sabah dan Sarawak PBB memenangi14 kerusi di sana, ia masih berjumlah 134.

Menurut Lee, ia masih kekurangan majoriti dua pertiga daripada 148 kerusi yang diperlukan untuk meminda perlembagaan.

Beliau menambah walaupun dilihat mustahil jika Umno, PAS dan PBB membentuk pakatan, perlu juga diambil kira tentang PAS dan Umno yang bersaing banyak di kerusi sama.

“Kesimpulan saya ialah sebuah negara teokratik Islam adalah mustahil, dalam negara berbilang kaum pelbagai agama dan pelbagai budaya, ia dilindungi oleh perlembagaan sosial dan Perlembagaan Persekutuan itu sendiri.”

Tiada ulasan: