Sabtu, 13 April 2013

Pas Cempaka Tubuh “Skuad Angkut” Bantu Pangsapuri Putus Bekalan Air


shoting Air

AMPANG: PAS Dun Cempaka menubuhkan bilik gerakan krisis air berikutan kejadian paip pecah di Batu Caves yang telah mengakibatkan penduduk Gombak dan Kuala Lumpur putus bekalan air selama tiga hari.

Menurut Pengarah Jentera Pilihan Raya Dun Cempaka, Meor Rithuan Mohamed Said, pihak Dun juga menubuhkan ‘Skuad Angkut’ bagi membantu penduduk sekitar mendapatkan bekalan air.

Katanya, terdapat 10 pam air disediakan bagi mengepam air ke tingkat atas pangsapuri yang terjejas bekalan air.

Tambah Meor Rithuan, pihaknya sedikit kesal ekoran jadual penghantaran air tidak teratur dan tidak cukup dari Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

“Kita pantau penghantaran air yang dibuat. Kita berterima kasih kepada pihak Syabas yang bertindak menghantar bekalan air.

“Kita harap bila berlakunya kejadian sebegini, pihak Syabas dapat meletakkan tangki statik untuk kemudahan orang ramai,” katanya pada satu sidang media.

Dilaporkan bahawa bekalan air yang terputus di sekitar Batu Caves, Gombak dan Hulu Kelang sudah disambungkan semula secara berperingkat.

Untuk sebarang bantuan bekalan air di kawasan Dun Cempaka dan sekitarnya, orang awam boleh menghubungi talian berikut:

Zahrizan – 016 2806132
Mohamad – 013 2469027

Tiada ulasan: