Sabtu, 13 April 2013

PAS namakan calon pertama bukan Islam

MALAYSIA KINI


Ketua Kongres Penyokong PAS (PSC), Hu Pang Chow hari ini diumumkan sebagai calon PAS bagi kerusi Ayer Hitam - dan merupakan orang bukan Islam yang pertama pernah calon bertanding di bawah tiket parti Islam itu.

pas announce candidates for johor ge13 130413 hu pang chawPengumuman tersebut dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Johor Bahru pagi ini.

Hu yang dijangka berdepan dengan Ketua Pemuda MCA, Datuk
Wee Ka Siong, adalah antara lapan calon PAS yang akan bertanding kerusi Parlimen di Johor.

Pada tahun 2008, PAS meletakkan calon bukan Islam Kumutha Rahman yang juga dari Kelab Penyokong PAS  tetapi di bawah tiket PKR.

PAS telah meminda perlembagaan parti itu  untuk menaikkan taraf kelab penyokong kepada sayap parti, sekaligus membolehkan ahli bukan Islam bertanding secara langsung di bawah tiket PAS.

Pengumuman PAS pagi ini juga mengesahkan bahawa Naib Presiden, Salahuddin Ayub akan bertanding kerusi Parlimen Pulai dan kerusi DUN Nusajaya.

Beliau dispekulasikan bakal menjadi menteri besar sekiranya Pakatan Rakyat berjaya merampas Johor, yang merupakan kubu Umno sejak merdeka.

Nusajaya adalah kawasan DUN dalam parlimen Gelang Patah yang akan ditandingi veteran DAP Lim Kit Siang.

BN memenangi 25 daripada 26 kerusi Parlimen dan 50 daripada 56 kerusi negeri di Johor pada tahun 2008.

Ketua Penerangan PAS Johor, Suhaizan Kaiat (kiri) akan bertanding kerusi Simpang Renggam bersama Mohd Rozali Jamil Al-Hafiz (Pagoh), Khairuddin Abdul Rahim (Parit Sulong), Roslan Nikmat (Mersing) dan Onn Jaafar (Kota Tinggi).

PAS mendapat bahagian yang besar untuk kerusi DUN di kalangan parti komponen Pakatan dengan memperolehi 30 calon daripada 56 kerusi.

NONECalon lain PAS bagi kerusi DUN ialah Pesuruhjaya PAS negeri, Mahfodz Mohamed (kanan) (Gambir); Ketua Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (ANAK), Mazlan Aliman (Bukit Permai) dan wakil NGO Pengerang, Anis Afida Mohd Azli (Penawar).

Kumutha akan kembali sebagai calon DUN Tiram, manakala calon PAS bagi pilihan raya kecil Tenang, Normala Sudirman bertanding di kerusi Pemanis.

Suhaizan juga akan dicalonkan untu kkerusi DUN Kempas. 

Tiada ulasan: