Sabtu, 13 April 2013

Pengumuman calon KEADILAN Perak 15 April (Isnin)

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan calon KEADILAN Perak pada 15 April ini.

Pengumuman itu dijadualkan akan diumumkan beliau ketika menyampaikan ceramah Pakatan Harapan Rakyat dalam siri jelajah ke negeri itu.

BHf_1riCUAEnmD7

Ceramah pertama yang akan disampaikan beliau akan diadakan di Padang Taman Gopeng Jaya, Gopeng bermula jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam.

Manakala seterusnya acara kemuncak dalam ceramah keduanya, Anwar akan mengumumkan calon KEADILAN selain turut menyampaikan ceramahnya yang diadakan di Jalan Pemimpin, Manjoi, Ipoh bermula jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam.

Seterusnya barisan penceramah yang akan bersama Ketua Pembangkang malam itu terdiri daripada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Perak, Dr Muhammad Nur Manuty yang juga calon KEADILAN Bagan Serai, Ahli Parlimen Gopeng, Lee Boon Chye yang diumumkan untuk mempertahankan kerusi, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja, Chang Lih kang, Brig. Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Khattab, Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid, diumumkan calon Parlimen Lumut.

Selain itu, penceramah lain yang hadir sama antaranya Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aisyah Shaik Ismail, Ustaz Zulkifli Ismail, Ketua Cabang Rembau yang juga Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin dan pimpinan KEADILAN Perak.

Tiada ulasan: