Khamis, 11 April 2013

Pengumuman calon KEADILAN Selangor 14 April (Ahad)

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan calon KEADILAN Selangor pada Ahad, 14 April dalam siri Jelajah Pakatan Harapan Rakyat.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim

Pengumuman akan dibuat pada ceramah itu yang berlangsung di Padang Awam AU 2, Keramat bermula jam 8.30 malam hingga 12 malam.

Selain Ketua Umum, pemimpin Pakatan Rakyat yang turut sama berceramah ialah Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali.

Selain itu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian; Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Adun Sri Andalas, Xavier Jayakumar.

Tiada ulasan: