Selasa, 23 April 2013

Penyokong BN di Kedah Berdemo 'mahu calon pilihan rakyat'

 Editor BULETIN

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/BN%20Kedah.jpgSehari selepas Barisan Nasional (BN) Kedah mendedahkan senarai calon yang bakal bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di negeri itu Selasa lalu, sekumpulan 30 orang mengadakan bantahan di luar bangunan Umno di Alor Setar.

Sebabnya, mereka tidak berpuas hati dengan calon yang diketengahkan dan kecewa calon pilihan mereka diketepikan.

Bantahan serupa berlaku di Sungai Petani.

Kumpulan tersebut berhimpun di menara jam di daerah itu dengan membawa kain rentang yang antara lain tertera 'Kami mahu calon pilihan rakyat'.

Mereka tidak setuju dengan pencalonan Dr Shamsul Anuar Ismail, yang disifatkan sebagai 'orang luar', bagi bertanding kerusi Parlimen di situ.Sebaliknya, mereka mahukan naib ketua Puteri Umno, Cik Shahanim Mohd Yusof, kerana beliau lebih dikenali penduduk setempat.

Selain mengadakan bantahan, ada antara mereka di beberapa daerah di Kedah memasang kain rentang di luar rumah bagi mengutarakan bantahan mereka.

Bukan setakat bantahan saja, malah bekas Exco kerajaan negeri, Encik Fadzil Hanafi, yang tidak dicalonkan semula bagi mempertahankan kerusi DUN Alor Mengkudu, kelmarin memutuskan bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi itu.

Beliau telah dipecat daripada Umno serta-merta berikutan tindakan itu, yang disifatkan sebagai mengkhianati parti.

Isu sabotaj di kalangan penyokong calon yang tidak dipertandingkan bukan perkara baru di Kedah.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008, tindakan ahli BN yang tidak menyokong calon perikatan itu telah menyebabkan Kedah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (PR).

Menurut satu sumber Umno, bantahan kali ini lebih teruk berbanding pada 2008.

Tiada ulasan: