Isnin, 22 April 2013

Pilih PR untuk masa depan mampan atau kekalkan BN yang rasuah

Roketkini.com

:

GELANG PATAH- Beliau berkata, Hari Bumi adalah merupakan kesempatan terbaik untuk mengingatkan alam semula jadi yang semakin merosot sejak beberapa dekad yang lalu, sumber asli dirompak oleh kerajaan rasuah dan kroni mereka yang membawa pencemaran, penebangan hutan dan menghambat kemusnahan hidup rakyat.

“Ketika Persidangan Perubahan Iklim Bangsa-bangsa Bersatu pada 2009, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Malaysia bersetuju untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida sehingga 40% pada 2020 berbanding 2005, bagaimanapun, industri tercemar yang ditolak negara maju lain seperti Lynas dibenar beroperasi di Kuantan dan diberi pengecualian cukai selama 12 tahun,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Kit Siang yang bertanding di Parlimen Gelang Patah berkata, BN juga meneruskan pembinaan hab petrokimia gergasi di Pengerang, kilang peleburan aluminium di Sarawak, dua loji nuklear di negara ini, membuktikan kerajaan BN sanggup mengejar pembangunan ekonomi dengan mengorbankan alam sekitar dan kesihatan rakyat.

Beliau berkata, jika BN terus mentadbir negara, Malaysia tidak akan mencapai kemajuan mampan, karbon rendah dan masa depan sumber yang cekap.

Katanya, hanya Pakatan Rakyat yang berjanji menjadikan Malaysia tempat yang lebih bersih, hijau, selamat dan sihat untuk hidup akan menolak kilang nadir bumi dan loji nuklear untuk memastikan generasi akan datang dapat hidup dalam dunia yang lebih baik.-Roketkini.com

Tiada ulasan: