Selasa, 23 April 2013

PKR Tarik Diri; Peluang PAS Seberang Takir Cipta Sejarah

 Wartawan Buletin

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/Zakaria%20Dagang1.pngKUALA NERUS - Calon PAS bagi Dun Seberang Takir Ustaz Zakaria Dagang mewakili seluruh warga PAS Dun tersebut mengucapkan rasa syukur kepada Allah SWT, kerana isu pertindihan calon dengan rakan Pakatan Rakyat PKR telah selesai dan hasrat PAS untuk berdepan dengan BN satu lawan satu tercapai.

"akhirnya apa yang kita impikan selama ini supaya PAS dapat bertanding satu lawn satu dengan Barian Nasional di Sebarang Takir berjaya (dengan) PKR menarik diri pada hari ini,

"berita ini disambut gembira oleh seluruh warga PAS dan para penyokong, seteah melalui proses panjang dan berliku,"ujarnya selaku Pengerusi Majlis Tindakan Dun PAS Seberang Takir.

Oleh itu beliau berharap ia akan meningkatkan semangat kepada para petugas PAS dan akan memberikan kesan yang baik kepada para pengundi 'atas pagar'.

Katanya, pertandingan tiga penjuru yang berlaku sebelum itu, telah memberikan gambaran dan persepsi yang kurang baik serta mengelirukan golongan tersebut

Beliau yang ditemui semalam Isnin 22 April, turut mengucapkan terima kasih kepada pimpinan PAS dan PKR yang dapat menyelesaikan isu tersebut.

"dengan keputusan terbaru ini kita harap para pengundi tidak terkeliru lagi dan kita ucapkan terima kasih kepada pimpinan kita (PAS) dan pimpinan PKR yang bersedia menyerahkan kerusi (Dun) ini kepada PAS,

"ia akan (menjadikan pemimpin) lebih dihormati dan menggambarkan gabungan (setia kawan) yang kuat dalam Pakatan Rakyat,"ujarnya ketika diminta mengulas perkembangan yang menggembirakan itu.

Menurutnya, sekaligus ia dapat menolak tohmahan dan isu 'pertembungan tiga penjuru' yang digembar-gemburkan oleh media pro-BN.

Justeru katanya, ia akan mencerahkan peluang PAS mencipta sejarah memenangi kerusi Dun Sebarang Takir buat kali pertama. [Lihat Video]
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/pc%20pkr%20tarik.jpgSebelum itu pada sebelah paginya,  kesemua tiga calon Parti KeADILan Rakyat (PKR) yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 ini membuat keputusan menarik diri dari bertanding.

Calon-calon tersebut terdiri dari N2 Kota Putera, Drs Mohamed Abdul Ghani Ibrahim, N11 Seberang Takir, Ahmad Nazri Mohd Yusof dan N25 Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.

Pengumuman penarikan diri dibuat oleh Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail di hadapan ketiga-tiga calon berkenaan di Pejabat Perhubungan PKR Negeri Terengganu, dekat sini, hari ini.

Sehubungan itu, dengan keputusan tersebut menjadikan kesemua Dun-dun terbabit akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara PAS dan Barisan Nasional (BN).

Azan berkata meski pun keputusan menarik diri dari bertanding itu agak ‘keberatan’ tetapi terpaksa dilakukan demi mengukuhkan kedudukan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat.

Malah, katanya pandangan yang dilontarkan oleh Presiden PAS juga perlu diambilkira demi menjaga kepentingan Pakatan Rakyat.

“Keputusan (tarik diri) ini walau pun agak ‘berat’ tetapi kedudukan Pakatan Rakyat adalah yang teratas dan terpenting, dalam usaha meraih sokongan rakyat untuk tujuan kemenangan dalam pilihan raya ini.

“Pandangan yang dikeluarkan oleh Presiden parti (PAS) iaitu kedudukan tertinggi dalam parti rakan Pakatan Rakyat sudah tentu diambilkira, maknanya jika Presiden PAS telah mengatakan atau mengklasifikasikan calon kita (PKR) yang dikatakan terlibat dengan aktiviti yang tidak baik,

"saya harus berkata ini satu kedudukan yang kita (PKR) perlu timbang dan perlu ambil kira teguran yang agak mendalam kesannya,” jelas beliau pada satu sidang khas media khas di pejabatnya, 22 April lalu.

Menurutnya, PKR Terengganu juga banyak melakukan pengorbanan politik dari segi kerusi, wang ringgit, tenaga dan perasaan ahli.

1 ulasan:

Nasa berkata...

Saya adalah penyokong gerakan Islam, insya Allah akan pulang ke Seb. Takir untuk mengundi. Saya amat berharap PAS juga dapat menyelesaikan fahaman syiah yang telah menyelinap ke dalam PAS. Saya percaya kepimpinan tertinggi memang sedia maklum akan hal ini.