Khamis, 18 April 2013

PRU-13: Menjelang hari penamaan, PAS NS tukar calon

THE MALAYSIAN INIDER
 
SEREMBAN,— Menjelang hari penamaan calon pada Sabtu, PAS Negeri Sembilan hari ini bertindak menggugurkan seorang calonnya iaitu di kerusi Parlimen Tampin dan menggantikan dengan calon lain. \

Pesuruhjaya PAS Negeri Mohamad Taufek Abd Ghani berkata Yang Dipertua PAS Tampin Zakaria Khalim yang dicalonkan sebelum ini dan dijangka berdepan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor di kerusi itu, digantikan dengan Razakek Abdul Rahim.

"Kedua-dua nama tersebut (Zakaria dan Razakek) berada dalam senarai pendek untuk kerusi Parlimen Tampin tapi menjelang saat-saat akhir ini kita berbincang semula mengenai calon yang lebih sesuai.

"Kita mendapati Zakaria tidak bersedia menjadi calon pada pilihan raya ini jadi kita tukar kepada calon nombor dua dalam senarai kerusi itu iaitu Razakek," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, perkara itu juga telah dimaklumkan dan dipersetujui oleh pimpinan tertinggi PAS. Rabu lalu, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengumumkan Zakaria sebagai calon di kerusi Parlimen Tampin bersama calon untuk kerusi Jelebu dan Jempol.

Pada PRU 2008 Razakek mewakili PAS tewas kepada Shaziman di kerusi Parlimen Tampin dengan majoriti 13,079 undi, sementara Zakaria yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemencheh pada PRU sama tewas kepada calon BN Mohd Kamil Abd Aziz dengan majoriti 3,241. — Bernama

Tiada ulasan: