Jumaat, 5 April 2013

PRU13: Hadnan Mohamad calon PAS di Labuan

MALAYSIA CHRONICLE


KUALA LUMPUR- Ketua Penerangan PAS Kawasan Labuan, Hadnan Mohamad diumumkan sebagai calon PAS Wilayah Persekutuan Labuan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Perkara itu diumumkan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad di Pejabat PAS Kampung Baru pagi ini.

Hadnan, 55, berasal dari Tanjung Aru dan merupakan anak tempatan Labuan.

Beliau berkhidmat dengan Sabah Shell Petroleum Company Limited sebagai Material Supply Coordinator dan pernah menjawat jawatan sebagai Vice President For Sabah Petroleum Industrial Woorkers Union.

Menurut Mohamad, PAS yakin Hadnan mampu mendapat sokongan di sana berdasarkan pengalaman beliau dalam parti dan bidang korporat.

"Dengan pengalaman luas beliau dalam bidang korporat serta tahap intelektual dan profesionalisme yang tinggi, PAS Wilayah percaya beliau adalah orang yang paling sesuai sebagai calon PAS dan Pakatan Rakyat di Labuan," katanya.

Turut bersama pada sidang media ialah Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad, Ketua Muslimat Nuridah Salleh, Pengarah Pilihan Raya PAS Wilayah Persekutuan, Abdul Halim Hasan dan Ketua Dewan Himpunan PAS Wilayah Persekutuan, Vincent Lee.-harakahdaily

Tiada ulasan: