Jumaat, 5 April 2013

PRU13: PAS umum calon secara berperingkat


Salmiyah Harun,
 
PETALING JAYA: PAS akan mengumumkan calon-calonnya secara berperingkat dan terserah kepada Pesuruhjaya PAS negeri masing-masing untuk mengisytiharkan calon mereka.

Menurut Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, tempoh pengumuman calon-calon di peringkat negeri akan selesai sebelum hari penamaan calon.

"Kita akan umum calon berperingkat, mungkin kita akan minta pesuruhjaya negeri mengisytiharkan calon untuk negeri dia, sekarang Perlis sudah selesai.

"Selepas ini akan disusuli oleh negeri lain, yang pastinya sebelum penamaan calon," katanya kepada Harakahdaily sejurus selesai pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat di ibu pejabat PKR, petang tadi.

Sehingga hari ini, negeri Perlis telah selesai urusan pengisytiharan calon, dan pada malam ini dikuti oleh PAS Pulau Pinang.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Saleh Man akan mengumumkan nama-nama calon yang bakal bertanding dalam PRU13 dalam mesyuarat Badan Perhubungan Negeri yang akan diadakan pada malam ini.

Tiada ulasan: