Ahad, 28 April 2013

Rashdi : 95 Peratus Pengundi Cina Tanjong Karang Sokong Pas


pakatan selangor

TANJONG KARANG : Dikala Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) semakin hampir, sokongan daripada masyarakat Cina di Tanjong Karang semakin meningkat dan positif terhadap calon Pas bagi kerusi Parlimen kawasan itu.

Pengundi di perkampungan Cina seperti di Kampung Bagan Pasir, Kampung Bagan Baru Sungai Yu, dan Kampung Bagan Tengkorak di sini memberikan sokongan secara terang-terangan terhadap calon Pas, Muhammad Rashdi Deraman.

Menurut Rashdi, hampir 95 peratus pengundi Cina yang ditemui menyatakan sokongan kepadanya ketika sesi berkempen dan ziarah yang dilakukannya sejak seminggu lalu.

“Selama hampir seminggu, sokongan kaum Cina antara yang terbaik, hampir 95 peratus bersama dengan kita,” katanya yang merupakan Timbalan Yang Dipertua Pas Tanjong Karang.

Beliau berkata, rata-rata pengundi Cina tidak berasa takut lagi untuk menyatakan sokongan terhadap Pas.

Dalam perkembangan sama, bekas Naib Presiden Umno yang kini bersama Pas, Tan Sri Muhammad Muhd Taib turut memuji pengundi Cina di Tanjong Karang kerana berani melakukan perubahan.

Muhammad berkata, kewujudan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) di pekan Tanjong Karang merupakan simbol jelas sokongan masyarakat Cina kepada Pas.

“Bukan sekejap nak buat ini. Mentarbiahkan orang bukan Islam sehingga percaya nak pakai baju warna hijau lambang bulan dan bersama-sama di bawah pergerakan Islam, bukan mudah.

“Jadi saya ucapkan tahniah kepada tuan-tuan di sini,” ujarnya dalam siri ceramah di Kampung Sungai Tengi Kanan baru-baru ini.

“Kejayaan Pas dan perjuangan Pas dan perjuangan Islam sudah sampai ke ambang kejayaannya,” katanya yang merupakan mantan Menteri Besar Selangor.

Tiada ulasan: