Khamis, 11 April 2013

Rodziah Dedah Firma Peguam Dalang Tuntut Elaun Ibu Tunggal


rodziah ceramah biru 01

PETALING JAYA, : Sebuah firma peguam, Tetuan Kamarudin & Partners didakwa menjadi dalang disebalik tuntutan ibu tunggal yang menyaman Kerajaan Negeri Selangor.

Timbalan Wanita PKR, Rodziah Ismail berkata, beliau menerima aduan rasmi berkaitan borang palsu yang memberi kuasa kepada sebuah firma guaman yang berdaftar untuk menuntut elaun ibu tunggal daripada Kerajaan Negeri Selangor.

Katanya, ibu tunggal dan anggota keluarga yang terlibat mendedahkan bahawa para ibu tunggal dijanjikan akan mendapat RM5,000 hanya dengan mengisi borang tersebut.

“Mereka (ibu tunggal) dimaklumkan oleh pihak terbabit, bahawa tuntutan elaun yang dijanjikan oleh Kerajaan Negeri Selangor boleh diperolehi menerusi tindakan Peguam Tetuan Kamarudin & Partners bagi pihak ibu tunggal yang menandatangani borang tersebut,” katanya dalam satu sidang media di Ibupejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Tambah Rodziah, edaran borang secara langsung kepada masyarakat oleh mana-mana peguam yang dikawal oleh Legal Profession Act 1976 dan boleh sabit sebagai ‘touting’ iaitu mencari pelanggan secara tidak sah disisi undang-undang.

“Saya memohon agar pihak ibu tunggal berhati-hati supaya tidak menjadi bahan atau mangsa mereka apatah lagi dalam suasana pilihan raya.

Jika mereka benar prihatin dengan ibu tunggal di mana mereka selama ini,” soalnya.

Jelas Rodziah, aduan yang diterima akan disusuli dengan surat dan laporan kepada Majlis Peguam Negara dan Pendaftar Mahkamah Tinggi.

Menurut Rodziah, Kerajaan Negeri tidak pernah membuat janji untuk memberi elaun sedemikian kepada semua ibu tunggal di Selangor.

Turut hadir dalam sidang media itu, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Tiada ulasan: