Selasa, 9 April 2013

Serah balik kenderaan rasmi, DAP perlihat integriti

 Roketkini.com



GEORGE TOWN: Berbeza dengan amalan pemimpin Barisan Nasional (BN), kepimpinan negeri Pulau Pinang yang ditadbir Pakatan Rakyat (PR) hari ini menyerah kembali kenderaan rasmi kerajaan negeri kepada Setiausaha Kerajaan Negeri.

Penyerahan kembali kenderaan rasmi Kerajaan Negeri kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus memperlihatkan integriti hasil daripada prinsip urus tadbir yang telus, untuk tidak menggunakan harta kerajaan sesudah Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dibubarkan dengan rasminya Jumaat lalu.

“Kenderaan rasmi tidak harus disalahguna untuk kegunaan persendirian atau parti sebaliknya ia harus digunakan untuk urusan rasmi Kerajaan Negeri sahaja.

“Inilah intergriti yang dipegang Kerajaan Negeri sungguhpun kini hanya sebagai pemegang amanah,” ujar Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP pada sidang media di Komtar, hari ini.

Penyerahan kunci kenderaan rasmi Kerajaan Negeri turut membabitkan Timbalan Ketua Menteri I dan Timbalan Ketua Menteri II serta Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri lain yang kini berperanan sebagai kerajaan sementara dan pemegang amanah di negeri Pulau Mutiara itu.

“Sungguhpun menjelang Pilihan Raya Umum (PRU-13), kenderaan rasmi ini tidak akan diguna untuk ceramah dan kempen.

“Begitu juga pemandu, mereka hanya akan bertugas mengikut waktu pejabat dan apabila menghadiri majlis rasmi kerajaan,” katanya lagi. – Roketkini.com

Tiada ulasan: