Sabtu, 13 April 2013

Shahidan mungkin lawan Haron Din di kerusi Arau

ANTARA POS.COM


Post Pic

KANGAR: Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim bakal bertembung dengan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din di kerusi parlimen Arau sekiranya beliau diangkat sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 5 Mei nanti.
 
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengesahkan bahawa Haron akan menjadi calon PAS di kawasan itu.
 
Shahidan dalam satu kenyataan turut menyatakan kesediaan  untuk mempertahankan kerusi DUN Tambung Tulang di mana nama beliau telah dihantar untuk dicalonkan di kedua-dua kawasan, lapor The Star.
 
"Mungkin salah satu kerusi sahaja, tapi saya sudah bersedia sepenuhnya untuk bertanding," kata Shahidan.
 
Ketua Bahagian Arau itu antara lain berkata beliau sedang menunggu Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan halatuju politiknya.
 
Menjawat jawatan menteri besar dari 1995 hingga 2008, Shahidan telah digugurkan dari jawatan itu walaupun berjaya membawa kemenangan negeri kepada BN. Jawatan tersebut kemudian diisi oleh Datuk Seri Dr Mohd Isa Sabu.
 
Jika Shahidan menjadi calon BN di kerusi Arau, beliau akan bertembung dengan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din bagi merebut kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Tiada ulasan: