Rabu, 17 April 2013

Shuhaimi : Tiada Calon BN Selangor Boleh Saingi Kredibiliti Abdul Khalid


khalid shuhaimi

SHAH ALAM : Tiada calon Umno-BN di Selangor boleh menandingi kredibiliti dan ketokohan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar yang berjaya menerajui Selangor sepanjang lima tahun ini.

Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, calon muka baru yang cuba ditonjolkan BN pada Pilihan Raya Umum ke-13(PRU-13) di Selangor tiada ketokohan sebagai calon Menteri Besar yang boleh menyangi Abdul Khalid.

“Tidak ada tokoh yang ditonjolkan itu dilihat boleh menghampiri ketokohan Tan Sri Khalid Ibrahim selaku calon Menteri Besar dari BN.

“Maksudnya tak ada calon BN yang mempunyai ketokohan sebagai calon MB kalau dibuat perbandingan dengan kotokohan Khalid selaku MB Pakatan Rakyat (PR) sekarang,” katanya kepada TVSelangor.

Sepanjang lima tahun ini, Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Abdul Khalid berjaya mempunyai rezab simpanan negeri berjumlah RM2.5 bilion berbanding hanya RM400 juta sahaja semasa pentadbiran Umno-BN sebelumnya.

Menurut Shuhaimi, rata-rata calon BN di Selangor merupakan pemimpin di barisan kedua dan ketiga di peringkat bahagian dan berkemungkinan akan menimbulkan pergolakan semasa PRU-13 kelak.

“Contoh Pelabuhan Klang, macam calon hierarki kedua tertinggi dari segi kepimpinan parti dan ini mungkin memberikan kesan yang lebih teruk kepada Umno-BN serta rakan-rakan komponen yang lain daripada MCA dan MIC,” ujarnya lagi.

Katanya, walapun BN memperkenalkan calon yang terdiri daripada golongan muda dan mempunyai pendidikan tetapi ia tidak akan memberi kesan kerana masih mengikut cara pentadbiran pemimpin tertinggi barisan itu.

“Tetapi saya yakin yang ini hanya kita katakan ‘make-up’ sahaja selagi mana mereka masih lagi dengan acuan lama,” katanya lagi.

Tiada ulasan: