Isnin, 8 April 2013

Sokongan merudum, Najib terpaksa ‘jual’ imej Malaysia – Nik Nazmi

Oleh Sidiqin Omar

KUALA LUMPUR : Imej BN yang teruk menyebabkan Perdana Menteri terpaksa ‘menjual’ imej Malaysia sebagai taktik tersirat mendapatkan sokongan untuk Pilihan Raya Umum ke-13, kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad.

“Mereka terpaksa guna ‘shuttle ads’ menggunakan imej patriotisme secara tersirat untuk ‘menjual’ imej Barisan Nasional. Ini sebenarnya taktik terdesak.

“Majoriti rakyat dah muak dan tolak simbol dacing. Ini kita dapat lihat komen-komen di facebook dan sebagainya,” kata Nik Nazmi kepada Keadilan Daily.

Menurut Nik Nazmi, semua saluran media milik kerajaan dan rangkaian swasta kini terpaksa menjalankan kempen ‘pro-BN’.

“Setiap jam kita akan lihat kempen manifesto BN. Apakah ini yang dikatakan Najib bahawa Malaysia merupakan negara demokrasi terbaik di dunia?” soalnya.

Tambah beliau, walaupun BN berkempen tanpa menggunakan logo dacing, rakyat kini sedar dan dapat membezakan kerana isu pokok adalah soal polisi dan ekonomi.

“KEADILAN dan Biro Komunikasi akan terus menggunakan media baru termasuk aplikasi iPhone dan Android sebagai medium penerangan.

“Kita menggalakkan ahli dan penyokong KEADILAN untuk mengeluarkan semua poster, manifesto, video penerangan termasuk dalam bentuk CD dan bercetak untuk disebarkan kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya. – SDQ

Tiada ulasan: