Jumaat, 26 April 2013

Suara Keadilan catat rekod tertinggi pilihan rakyat – Kajian


Oleh Aisha Geoffrey
KUALA LUMPUR : Kaji selidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) menunjukkan Suara Keadilan mencatat kedudukan tertinggi sebagai sumber maklumat politik dari kalangan media alternatif.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Menurut peratusan kajian tersebut, akhbar rasmi organ parti KEADILAN itu mencatat kedudukan pertama di kalangan media alternatif dengan capaian 12 peratus, diikuti Harakah untuk PAS (11%) dan Roket mewakili DAP (1%).

Perbandingan dengan akhbar media perdana pula, Suara Keadilan memperoleh tempat ketiga selepas Berita Harian (15%) dan Utusan Malaysia (13%).

Sinar Harian dan Harakah berkongsi peratusan yang sama iaitu 11% membolehkan mereka berada di kedudukan keempat sebagai rujukan pengundi.

Metro pula di tempat kelima dengan 9%, diikuti Sin Chew Daily (6%) dan Star (4%). Manakala New Straits Times (NST) dan Kosmo masing-masing dengan 3%.

UMCEDEL

Dari segi jantina, hasil kajian itu menunjukkan, 16 peratus lelaki cenderung membaca Suara Keadilan dan hanya 9 peratus bagi golongan wanita. Wanita dilihat lebih gemar membaca Berita Harian dengan peratusan 19%.

Kajian itu dibuat ke atas 1,407 responden yang terdiri daripada pengundi Melayu, Cina dan India.
Kajian lapangan dilakukan pada 3 April 2013 (hari pembubaran Parlimen) sehingga 20 April iaitu hari penamaan calon di seluruh Semenanjung Malaysia.

Tiada ulasan: