Rabu, 17 April 2013

Tee Keat memikirkan untuk bertanding sebagai calon bebas di Pandan

Oleh Leslie Lau
Pengarang Eksekutif

KUALA LUMPUR — Datuk Seri Ong Tee Keat memikirkan untuk bertanding sebagai calon bagi kerusi parlimen Pandan sebagai calon bebas, selepas digugurkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya 2013.

Dalam tulisan di laman Facebooknya hari ini, beliau bertanya kepada pengundi:"Pengundi Pandan, apakah anda akan menyokong Ong Tee Keat sebagai calon bebas?"

Awal pagi ini sekumpulan penyokongnya dilihat di pasar basah di Pandan untuk menunjukkan sokongan kepadanya.

Malam ini, satu lagi kumpulan merancang demonstrasi untuk menyokongnya.

Dengan hari penamaan calon semakin hampir pada Sabtu, Ong masih belum memberikan komitmen untuk bertanding.

Spekulasi mengenai apa akan dilakukan Ong (gambar) dimainkan dengan latarbelakang permusuhannya dengan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang dilihat sebagai di belakang keputusan penyingkiran itu.

Tiada ulasan: