Sabtu, 6 April 2013

Ulamak Seru Anggota Tentera Ikut Jejak Langkah Mantan Pengarah KAGAT

Wartawan Buletin

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita18/Takiri%20beri%20bendera.jpgKUALA TERENGGANU – Dewan Ulamak PAS Pusat mengalu-alukan kehadiran mantan Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) Brigedier Jeneral (B) Mohd Najmi Ahmad yang secara rasminya telah mengisyiharkan dirinya menyertai PAS pada Khamis lalu.

Setiausaha Dewan Ulamak, Dr Ustaz Khairuddin Aman Razali mengucapkan tahniah kepada beliau kerana bukan sahaja telah menyertai PAS bahkan telah diisytiharkan oleh Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai calon yang akan bertanding di parlimen Baling pada PRU-13 ini.

Menurutnya, kemasukkan beliau menunjukkan orang-orang yang mempunyai ilmu agama akhirnya akan memilih PAS sebagai wadah perjuangan.

“AlhamduliLlah, kita ucapkan tahniah kepada beliau yang bersama dengan PAS dan bakal menjadi calon parlimen Baling InsyaAllah, kemasukkan beliau sebagai bekas pengarah KAGAT menunjukkan orang-orang agama akhirnya pasti akan bersama dengan perjuangan Islam,

“dan kita harap ramai lagi para ustaz dan para asatizah akan bersama kita,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri upacara mengibarkan bendera gergasi PAS di atas jambatan Sultan Mahmud pada awal pagi Rabu 3 April.

Oleh itu, Dr.Khairuddin melahirkan keyakinan dengan masuknya bekas pimpinan tertinggi angkatan tentera Malaysia itu, sebenarnya ramai dikalangan anggota tentera yang menyopkong PAS.

Namun katanya, disebabkan oleh kekangan dalam tugas masing-masing sebagai anggota keselamatan menjadi halangan bagi mereka menzahirkan sokongan.

Justeru, beliau menyeru seluruh anggota tentera yang masih belum menyokong agar mengikuti jejak langkah Brigedier Jeneral (B) Mohd Najmi Ahmad.

“kita yakin ramai anggota tentera bersama dengan PAS, Cuma kita mengharapkan mereka yang belum lagi bersama,

“dengan bersama (masuknya) pemimpin agama kepada tentera maka sepatutnya, kalau guru telah bersama perjuangan Islam takkan anak mujrid tidak mahu bersama perjuangan Islam,

“ikutlah rentak guru-guru kamu (anggota tentera) yang telah bersama perjuangan Islam!,”tegasnya. [Lihat Video]

Tiada ulasan: