Rabu, 10 April 2013

Umno BN guna strategi kotor ‘beli calon’ tak terpilih – Anwar

KEADILAN DAILY

PAHANG : Umno BN dijangka menaja pihak tertentu yang kecewa dan tidak terpilih sebagai calon untuk bertanding melawan Pakatan Rakyat pada PRU 13.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, strategi Umno yang dikesan sejak sebulan lalu ialah membeli sebanyak mungkin individu tertentu untuk dijadikan calon Bebas.

“Tetapi rakyat sudah putuskan, sama ada BN atau Pakatan. Tiada cara lain. Jika mahukan perubahan, kena sokong Pakatan – KEADILAN, PAS dan DAP.

“Jika bertanding (Bebas) kerana tidak dipilih jadi calon (KEADILAN), itu bukan amalan demokratik, kena ada agenda (perjuangan), bukan sebab mahu jadi calon semata-mata,” katanya.

IMG-20130409-00046

Beliau menjawab demikian terhadap soalan berkaitan hasrat segelintir pihak yang mahu bertanding selepas mendapati nama mereka tidak disenarai sebagai calon KEADILAN.

Sidang media di Hotel Megaview, Kuantan itu bersempena pengumuman calon KEADILAN bagi beberapa kerusi Parlimen di Pahang.

Mengikut laporan media tempatan, segelintir ahli parti membuat pengumuman untuk menjadi calon Bebas selepas tidak terpilih sebagai calon PRU 13.

Justeru, Ketua Umum KEADILAN itu memberi amaran, mana-mana ahli yang  menyokong parti lawan atau menjadi calon Bebas akan dipecat serta merta.

“Kalau belum, belumlah. Kalau tarik balik esok (kemudian), tak apalah,” katanya selepas Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh menyatakan, pengumuman bertanding mencukupi untuk dikenakan tindakan sedemikian.

Untuk tonton rakaman sidang media, KLIK INI. (FZL)

Tiada ulasan: