Khamis, 11 April 2013

Wanita KEADILAN gegar kempen PRU 13 bersama Wan Azizah

Oleh Aisha Geoffrey

Wanita 3

KUALA LUMPUR: Wanita KEADILAN diketuai Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menggegarkan kempen PRU 13 ke seluruh negara.

Setiausahanya, Juwairiya Zulkifli berkata, pelancaran ‘Video Kempen Wanita’ di ibu pejabat parti tengahari ini merupakan permulaan kepada kempen itu.

WAWI

“Presiden akan bergerak ke seluruh negara untuk menerangkan isu wanita dan tawaran Pakatan Rakyat kepada golongan itu.

“Jentera wanita pula bertindak untuk menggerakkan ahli wanita di setiap negeri supaya menyertai kempen yang dijalankan,” katanya kepada Keadilan Daily.

Mengulas lanjut, Juwairiya berkata, gerak kerja wanita dari segi logistik meliputi cetakan bahan kempen seperti risalah dan buku tawaran yang kini sedang dikumpul di ibu pejabat parti.

WANITA 1

“Kita akan bekalkan semua bahan kempen tersebut kepada calon wanita. Calon yang sudah diumum telah menubuhkan bilik gerakan dan jentera masing-masing,” jelasnya.

Dari segi pemilihan calon, Juwairiya berkata, KEADILAN setakat ini mencapai 30 peratus kuota untuk diisi oleh wanita.

“Di Selangor, kita telah capai 30 peratus, begitu juga di negeri (Pakatan) lain. Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin sudah menghantar nama calon untuk diputuskan,” katanya.

Wanita 2

Wanita sebelum ini bekerjasama dengan pejabat Wan Azizah menerusi program Agenda Wanita dan Women Against Crime. – NS

Tiada ulasan: