Jumaat, 5 April 2013

Zahid sedia berdepan dengan Anwar

SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi 
 
BAGAN DATOH - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersedia untuk berdepan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika beliau mahu bertanding di Bagan Datoh.

Zahid berkata, terdapat desas-desus bahawa Anwar telah mempertimbangkan untuk bertanding sama ada di kerusi Parlimen Bagan Datoh atau Tambun.

"Jika Anwar mahu bertanding di sini, saya mengalu-alukan dan bersedia untuk menghadapi cabaran itu kerana ini adalah negara demokrasi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan input perikanan dan pertanian kawasan Parlimen Bagan Datoh di sini, hari ini.

Zahid menambah, "ini kampung saya, tempat saya dan kawan-kawan saya dibesarkan. Siapa saja mahu bertanding di Bagan Datoh saya persilakan. Saya bukan mahu riak atau takbur...datanglah."

Anwar dilaporkan tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh dan bertanding di Perak.
Pada pilihan raya umum 2008, Zahid mengalahkan calon PKR Madzi Hasan dengan majoriti 2,692 undi.

Tiada ulasan: